Followers

..

Follow by Email

Wednesday, 19 October 2011

im sorry




Kadang2 kita tidak sedar.. Orang yang begitu ambil berat pada kita dan sayang itu sangat banyak dan hanya khusus buat kita.. Tapi, kita sering tidak endahkan dia. Selalu juga kita sakitkan hati dia. Dan tanpa sekelumit rasa bersalah, kita langsung tidak ambil peduli tentang perasaan dia. Terasakah dia. Terkilankah dia dengan kelakuan kita. Ah, kita tidak pernah ambil peduli. Sebab kita rasa dia itu tidak mempunyai apa2 hubungan rapat dengan kita. Jadi, apa perlu kisah apa yang dia rasa.






Kita juga tidak sedar. Kita bukannya sempurna untuk dapatkan orang yang betul2 sempurna dalam hidup kita. Dan kita bukannya siapa2 untuk buatkan orang sayang pada kita. Tanpa jemu ada orang begitu setia bertanya khabar dari kita saban hari, sentiasa ada disisi tidak kira apa mood kita waktu itu. Jika kita berduka, ada yang sanggup berkongsi kedukaan itu bersama dan sentiasa berusaha untuk menceriakan hari kita kembali. Tidak kurang juga ada yang sentiasa memantau perkembangan kita dari jauh, bangkit jatuh kita sentiasa ada orang untuk merai dan memapah kembali kita. Tapi, kita siapa bagi dia untuk menerima semua itu. Dan apa hak kita apabila menerima semua itu dan tiba2 kita tidak pedulikan dia.


Dia tidak pernah meminta apa2 balasan. Cukup sekadar ingatan itu sentiasa ada. Ada kala di atas segala perbuatan kita yang begitu ‘sempurna’ itu. Dia cukup membenci kita. Sangat2 benci. Tapi dia juga cukup benci untuk membenci kita kerna dia tidak sanggup membenci kita. Rasa sayang yang begitu tebal itu seolah2 memadamkan api benci yang tepercik tiba2. Bukan sayang yang bagaimana. Sayang sebiasa kawan. Selalu dia sentiasa memaafkan kita tak kira apa.


Adakala kita perlu sedar. Harus bangkit. Bukan selalu tiba2 datang orang yang menyayangi dan begitu ambil berat terhadap diri kita. Hargailah dia, sementara dia masih ada. Sebelum dia terus pergi buat selamanya.


Kita cuma manusia yang hanya mampu membuat satu mimpi indah yang sukar untuk menjadi kenyataan. Kita hanya manusia yang dambakan sempurna tapi sempurna sangatkah kita untuk menerima itu semua. Dan kita juga manusia yang tidak lari dari kekhilafan... Hargai orang yang sayang kita. Kerna kita tidak tahu bila lagi akan ada peluang sebegitu esok nanti.
*pasni saya akan cuba hargai sume orang sekeliling saya walaupun kadang2 sangat merimaskan.




~ d o n e ~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...